Cari:
Najib Komited Jadikan Malaysia Lebih Berdaya Saing
2016-10-02 16:39:38 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk terus meningkatkan lagi daya saing Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, disokong oleh Model Baharu Ekonomi (MBE) yang diumumkan pada 2010.

PM itu dalam paparan terbaharu beliau di laman web www.najibrazak.com, baru-baru ini menekankan bahawa sasaran MBE adalah untuk menjadikan Malaysia destinasi lebih berdaya saing, produktif dan mesra pelabur.

Untuk kekal berdaya saing, Najib berkata, Malaysia perlu terus berusaha menambah baik kemudahan bagi pinjaman dan melahirkan tenaga kerja. Berkenaan dengan pendidikan, pelan tindakan yang dilancarkan baru-baru ini bagi pendidikan dan pendidikan tinggi jelas menekankan bahawa sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik perlu disepadukan dengan kemanusiaan, sains sosial dan keusahawan secara disiplin.

Sementara itu, Najib berpuas hati kerana Malaysia sekali lagi diiktiraf sebagai negara paling berdaya saing dalam kalangan ekonomi sedang pesat membangun lain di Asia.

(sumber Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China