Cari:
Duterte Arahkan Pemeriksaan terhadap Perjanjian Ketenteraan Dengan AS
2016-10-03 13:25:07 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan jabatan berkenaan membuat pemeriksaan terhadap Perjanjian Peningkatan Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani antara Filipina dengan AS pada 2014. Menurut beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menuntut AS mengundurkan semua tenteranya dari Filipina.

Duterte berkata, perjanjian tersebut hanya satu perintah pentadbiran tanpa tandatangan Presiden. Beliau memberi amaran bahawa sekiranya tiada kandungan latihan ketenteraan bersama dalam perjanjian tersebut, beliau "akan menghalau semua tentera AS ke luar Filipina".

Sementara itu, Duterte sekali lagi menggesa masyarakat antarabangsa jangan campur tangan dalam urusan dalaman Filipina dan jangan membuat pelbagai teguran yang bukan-bukan terhadap tindakan pembanterasan jenayah dadah yang dilakukan Filipina. Beliau berkata, pihaknya akan "meneroka barisan yang lain" dalam bidang diplomatik bagi meningkatkan hubungan dengan China dan Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China