Cari:
Latihan Pendaratan Amfibi Filipina-AS 2016
2016-10-05 14:51:33 CRI Cetak

Filipina dan AS memulakan Latihan Pendaratan Amfibi(Phiblex) 2016 semalam.

Menurut pihak tentera Filipina, lebih 1,100 orang anggota tentera AS dan kira-kira 500 orang anggota tentera Filipina terlibat dalam latihan ketenteraan kali ini. Latihan yang akan berlangsung hingga 12 Oktober ini diadakan di provinsi Zambales, Pampanga dan Palawan Filipina dengan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kooperasi kedua-dua pihak dalam bantuan kemanusiaan dan penyelamatan bencana.

Latihan ketenteraan tersebut turut mendapat bantahan sesetengah pertubuhan kalangan rakyat Filipina. Mereka mendesak tentera AS keluar dari Filipina. Presiden negara itu, Rodrigo Duterte pula pernah menyatakan bahawa latihan ketenteraan bersama Filipina-AS kali ini merupakan "latihan ketenteraan yang terakhir antara kedua-dua negara".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China