Cari:
Rodrigo Duterte: Filipina Timbang "Berpisah" dengan AS
2016-10-05 14:56:52 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, beliau mungkin "berpisah" dengan AS dalam tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden.

Ketika berucap dalam sidang Gabungan Orang Yahudi Filipina di Manila semalam, Rodrigo Duterte berkata bahawa beliau akan "menyusun semula dasar luar", akhirnya mungkin "berpisah" dengan AS kerana prestasi AS mengecewakan Filipina. Menurut beliau, pihaknya mungkin akan meningkatkan hubungan dengan Rusia dan China.

Jurucakap White House A.S., Josh Earnest pula dalam sidang akhbar rutin semalam berkata, setakat ini tiada sebarang komunikasi dengan Filipina berhubung perubahan dalam hubungan dua negara itu.

Pada hari yang sama, Latihan Pendaratan Amfibi(Phiblex) Filipina-AS 2016 telah dimulakan di Manila. Duterte pernah menyatakan bahawa latihan ketenteraan kali ini merupakan "latihan ketenteraan yang terakhir antara Filipina dan AS".

Pada 2 Oktober lalu, beliau juga telah mengarahkan jabatan berkenaan membuat pemeriksaan terhadap Perjanjian Peningkatan Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani antara Filipina dengan AS pada 2014. Menurut beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menuntut AS mengundurkan semua tenteranya dari Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China