Cari:
Insiatif "Laluan Sutera Maritim" Untungkan China dan Indonesia
2016-10-06 14:42:18 CRI Cetak

Inisiatif China "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21" yang telah diterapkan ke dalam pembangunan Indonesia sejak tiga tahun lalu terbukti memudahkan penyelarasan polisi, kesalinghubungan prasarana, kerancakan perdagangan, kelancaran pembiayaan dan kesatuan hati antara rakyat, iaitu betul-betul membawa manfaat kepada kedua-dua negara.

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng ketika diwawancara Agensi Berita China baru-baru ini memaklumkan, manfaat-manfaat yang dinikmati rakyat kedua-dua negara adalah sebagai berikut: pertama, tindakan menyelaraskan inisiatif China itu dengan strategi "poros maritim dunia" anjuran Indonesia memperluas dan memperdalam kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang; kedua, projek prasarana yang digerakkan di Indonesia dengan sumbangan China bukan sahaja meningkatkan kemudahan awam di negara Asia Tenggara itu, tetapi juga menawarkan kesempatan kepada syarikat-syarikat China untuk menebusi pasaran luar negara; ketiga, China terus kekal sebagai rakan dagang terbesar dan negara import terbesar bagi Indonesia; keempat, prestasi pelaburan yang makin meningkat menyaksikan kedudukan China sebagai negara pelabur ketiga terbesar bagi Indonesia; dan kelima, kegiatan pertukaran di kalangan rakyat semakin rancak, terutamanya dalam bidang pendidikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China