Cari:
Vietnam, Iran Rancang Perkasa Kerjasama Perdagangan
2016-10-07 11:48:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Vietnam, Tran Dai Quang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Hasan Ruhani di Hanoi pada 6 Oktober lalu. Kedua-dua pihak sebulat suara menyatakan sokongan kepada menggalakkan jumlah perdagangan bilateral mencecah USD2 bilion pada masa depan.

Ruhani dalam sidang media selepas pertemuan tersebut menyatakan bahawa Iran mempunyai potensi yang besar untuk mengeksport petroleum, gas asli cecair dan asfalt. Negaranya berharap menjalankan kerjasama dengan Vietnam dalam sektor teknologi canggih, pembinaan lebuh raya dan jambatan, bahan pembinaan, tenaga haba dan pengeluran pertanian.

Tran Dai Quang pula berkata, kerjasama dan jumlah perdagangan dua hala antara Vietnam dan Iran masih terhad pada ketika ini. Vietnam berharap dapat memperkasakan kerjasama dengan Iran pada masa hadapan.

Kedua-dua pemimpin juga menyatakan bahawa bersedia menyediakan kemudahan pelaburan kepada syarikat antara satu sama lain dalam bidang sumber tenaga, telekomunikasi, pertanian, produk akuatik, sains dan teknologi, sektor perbankan, kebudayaan, pendidikan dan pelancongan.

Ruhani memulakan lawatan rasmi selama tiga hari di Vietnam pada 5 Oktober lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China