Cari:
Promosi Pelaburan China di Mataram Indoensia
2016-10-08 14:54:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Promosi Pelaburan ke-2 anjuran Pejabat Konsul Jeneral China di Denpasar telah diadakan di bandar Mataram, ibu kota wilayah Nusa Tenggara Barat Indonesia pada 5 hingga 7 Oktober lalu.

Promosi kali ini diserikan dengan kehadiran Konsul Jeneral China ke Denpasar, Hu Yinquan, Menteri Penasihat Kedutaan Besar China ke Indonesia, Wang Liping, Pengerusi Dewan Perniagaan China di Indonesia, Zhang Min dan Gabenor wilayah Nusa Tenggara Barat Indonesia, Muhammad Zainul Majdi serta para pegawai dan usahawan Indonesia.

Muhammad Zainul Majdi berkata, promosi kali ini merupakan langkah penting untuk menggalakkan kerjasama pragmatik antara China dengan Indonesia. Beliau amat mengalu-alukan kedatangan para pengusaha China ke Nusa Tenggara Barat untuk mengadakan lawatan dan tinjauan.

Promosi pelaburan kali ini turut disertai lebih 20 syarikat China yang terlibat dalam sektor pembinaan infrastruktur, tenaga elektrik, pertanian, pelancongan, kewangan, logistik dan pengeluaran jentera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China