Cari:
Benua Asia Fokus Kerjasama dan Integrasi
2016-10-11 14:38:29 CRI Cetak

Perwakilan dari 34 buah negara anggota Dialog Kerjasama Asia (ACD) berkumpul di Bangkok, Thailand semalam untuk membincangkan isu-isu mengenai kerjasama, pembangunan dan perpaduan Asia.

Timbalan Presiden China, Li Yuanchao ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak ACD ke-2 menyeru semua negara anggota supaya bersatu padu dalam menyelaraskan tindakan, memelihara kestabilan Asia, menggerakkan kesalinghubungan dan menjayakan kerjasama saling menguntungkan.

Beliau berharap agar fungsi mekanisme ACD berkenaan dapat dioptimumkan bagi membina sebuah komuniti yang berkongsi pembangunan dan kepentingan serta selamat dan bertanggungjawab bagi mencipta masa depan yang lebih cemerlang.

Sidang kemuncak tersebut meluluskan tiga dokumen penting, antaranya termasuklah "Visi Kerjasama Asia 2030", "Deklarasi Bangkok" dan "Kenyataan ACD mengenai Merangsang Pertumbuhan Asia menerusi Perkongsian Kesalinghubungan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China