Cari:
Ikatan antara Tentera China dengan Tiga Negara Asia Tenggara
2016-10-12 15:12:08 CRI Cetak

China akan terus mengekalkan ikatan yang akrab dan mesra dengan tentera Kemboja, Timor Leste dan Thailand.

Demikian ikrar Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan sepanjang pertemuan dengan tiga rakan sejawatnya dari negara-negara di Asia Tenggara tersebut sempena Forum Xiangshan ke-7 di Beijing, semalam.

Ketika ditemui Menteri Pertahanan Kemboja, Tea Banh, Chang komited untuk terus menyalurkan sokongan dan bantuan kepada kerajaan dan pasukan negara itu, selain memperkasakan kerjasama dalam latihan bersama, perkhidmatan perubatan tentera dan lawatan pertukaran di kalangan anggota tentera.

Sepanjang pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Timor Leste, Cirilo José Cristovão, menteri pertahanan China itu menghargai hubungan mesra yang terjalin erat sejak sekian lama antara tentera kedua-dua negara, dan berharap agar hubungan tersebut dapat diperkukuh lagi menerusi kerjasama dalam bidang pertahanan.

Apabila ditemui Timbalan Menteri Pertahanan Thailand, Udomdej Sitabutr, Chang meluahkan harapan beliau agar kerjasama pragmatik antara pasukan China dengan Thailand dapat diintensifkan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China