Cari:
Delegasi Perdagangan China Lawat Kemboja
2016-10-12 12:47:53 CRI Cetak

Delegasi penggalakan perdagangan China mengadakan lawatan ke Kemboja untuk merapatkan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.

Delegasi yang diketuai Kementerian Perdagangan China itu terdiri daripada wakil-wakil perusahaan dari industri tekstil, perubatan, hasil pertanian, petrokimia, dan lain-lain.

Upacara penandatanganan perjanjian Majlis Pengantara Perdagangan China-Kemboja telah diadakan di Phnom Penh petang semalam.

Sebanyak lapan perjanjian perdagangan dimeterai kedua-dua pihak yang melibatkan nilai kontrak berjumlah USD62 juta (RM259 juta).

Wakil Kemboja dalam majlis tersebut menyatakan bahawa usaha Kementerian Perdagangan China membawa delegasi penggalakan perdagangan ke Kemboja menunjukkan bahawa kerajaan China begitu memberikan tumpuan terhadap hubungan perdagangan kedua-dua negara.

Hal tersebut pasti akan membantu mewujudkan situasi menang-menang, di samping mengukuhkan persahabatan tradisional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China