Cari:
Duterte Batalkan Latihan Ketenteraan Bersama dengan AS
2016-10-13 13:46:59 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mengarahkan Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana supaya tidak lagi membuat persiapan bagi latihan ketenteraan bersama dengan Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan.

Walaupun begitu, beliau tidak berniat untuk membatalkan atau memutuskan hubungan perikatan ketenteraan dengan AS.

Filipina dan AS mengadakan tiga latihan ketenteraan yang berskala besar dan 28 latihan berskala kecil setiap tahun.

Semasa melawat ke Vietnam bulan lepas, Duterte berkata, latihan pendaratan amfibia yang diadakan pada 4 hingga 11 Oktober lalu merupakan latihan ketenteraan bersama terakhir dalam tempoh perkhidmatan beliau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China