Cari:
Taufan Sarika di Vietnam, 24 Maut
2016-10-18 11:13:43 CRI Cetak

Menurut statistik terkini yang diumumkan pihak berkuasa Vietnam semalam, sekurang-kurangnya 24 orang terkorban, manakala beberapa orang lagi dilaporkan masih hilang akibat taufan Sarika yang turut menyebabkan hujan lebat.

Menurut laporan media, wilayah Quang Binh merupakan kawasan bencana yang paling teruk, dengan 18 orang terkorban, manakala tiga lagi masih hilang.

Pegawai agensi pengurusan bencana wilayah tersebut menyatakan bahawa kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan di kawasan berkenaan.

Menurut badan meteorologi Vietnam, taufan Sarika bergerak ke arah Vietnam dengan sangat laju.

Oleh itu, beberapa wilayah negara itu akan dilanda hujan lebat dalam tempoh dua hari akan datang yang mengakibatkan banjir besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China