Cari:
Duterte Mulakan Lawatan ke China
2016-10-19 10:37:58 CRI Cetak

Atas undangan Presiden China, Xi Jinping, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah tiba di Beijing malam semalam untuk lawatan rasmi selama empat hari di China.

Dalam tempoh lawatan tersebut, Presiden Xi akan mengadakan rundingan dengan Duterte dan membincangkan usaha-usaha untuk membaiki hubungan dua hala, memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.

Lawatan tersebut merupakan lawatan sulung Duterte ke negara di luar rantau ASEAN sejak menyandang jawatan Presiden Filipina.

Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang akhbar semalam telah menyifatkan lawatan Duterte kali ini sebagai lawatan bersejarah dan titik permulaan baharu dalam hubungan China-Filipina.

Menurut beliau, "lawatan Presiden Duterte diyakini akan membawa kejayaan dan mendorong hubungan China-Filipina kembali ke landasan yang betul, di samping meneroka prospek baharu bagi kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China