Cari:
Bursa Saham Filipina Naik 3%
2016-10-19 14:24:48 CRI Cetak

Bursa saham Filipina meningkat hampir 3 peratus pada 18 Oktober lalu kesan positif lawatan Presiden negara itu, Rodrigo Duterte ke China.

Para penganalisis bursa saham Filipina berpendapat bahawa pasaran menjangkakan Duterte akan membawa pelaburan melalui lawatan kali ini.

Kemasukan pelaburan asing menyebabkan indeks saham meningkat dengan ketara.

Pelaburan yang bakal dibawa pulang oleh Duterte akan membantu meredakan tekanan terhadap nilai mata wang Piso yang jatuh baru-baru ini.

Menurut laporan media tempatan, beratus-ratus tokoh perniagaan terkemuka Filipina telah mengikuti lawatan Presiden Duterte ke China.

Sebelum lawatan tersebut, Duterte juga telah berkali-kali menyuarakan harapan agar lawatan kali ini dapat mengeratkan jalinan ekonomi dan perdagangan antara Filipina dengan China.

Tambah beliau, Filipina memerlukan pelaburan dan teknologi China untuk membina taman perindustrian, di samping mengembangkan industri.

Namun, yang paling penting ialah Filipina menyambut baik keikhlasan dan salam persahabatan yang dihulurkan oleh China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China