Cari:
Kisah Chong Wei Diabadikan dalam Filem
2016-10-19 14:26:51 CRI Cetak

Kisah perjalanan hidup jaguh badminton nombor satu Malaysia, Datuk Lee Chong Wei akan diabadikan dalam filem dan bakal menemui penonton pada 2018.

Filem biografi terbitan CB Pictures Sdn. Bhd., akan menjalani penggambaran pada pertengahan tahun depan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM4.5 juta hingga RM6 juta.

Menurut prosedur, Josiah Chieng, proses uji bakat untuk barisan pelakon akan diadakan Disember ini.

Tambah beliau, pihaknya masih dalam proses memujuk Chong Wei supaya turut berlakon dalam filem tersebut.

"Selama tiga tahun, kami memujuk Chong Wei untuk memberikan hak untuk kisah hidupnya difilemkan dan akhirnya beliau bersetuju untuk memberikan kami hak tersebut," katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pemain itu dengan syarikat produksi itu di Kuala Lumpur semalam.

Chong Wei, yang kini beraksi pada Siri Super Terbuka Denmark, diwakili abangnya, Lee Chong Hoong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China