Cari:
Lebih 60 Peratus Warga Indonesia Puas Hati dengan Kerajaan Jokowi
2016-10-24 16:49:10 CRI Cetak

Tahap kepuasan warga Indonesia terhadap prestasi kerajaan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Naib Presiden Jusuf Kalla telah mencecah 61 peratus.

Demikian menurut hasil kaji selidik yang dikeluarkan oleh akhbar Kompas Indonesia baru-baru ini.

Berdasarkan kaji selidik tersebut, sokongan rakyat terhadap kerajaan serta imej baik presiden boleh dijadikan model bagi mempercepat pembangunan negara.

Dari April hingga Oktober tahun ini, tahap kepuasan rakyat sentiasa melebihi 60 peratus, malah pernah mencecah hingga 61 peratus pada bulan Oktober.

Selepas Jokowi merombak semula kabinet dan menukar portfolio beberapa menteri pada bulan Julai lalu, keyakinan rakyat semakin meningkat.

Dasar pengecualian cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan amat memuaskan hati rakyat, sekali gus memberikan sinar baharu kepada pertumbuhan ekonomi.

Hal tersebut bukan sahaja meningkatkan keyakinan kerajaan, malah rakyat juga rata-rata memberikan komen positif kepada pencapaian Kabinet Kerja dalam bidang ekonomi.

Jokowi dan Kalla telah berjaya dalam memerangi penyeludupan dadah, di samping meningkatkan pendapatan negara, sekali gus menepati komitmen mereka terhadap rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China