Cari:
Mantan Presiden Filipina Sokong Keputusan Duterte
2016-10-24 16:50:23 CRI Cetak
Mantan Presiden Filipina, Joseph Ejercito Estrada menyokong keputusan Presiden Rodrigo Duterte untuk "berpisah" dengan Amerika Syarikat (AS), di samping menggesa agar tiada lagi campur tangan AS dalam urusan dalaman Filipina.

Tegas Estrada, Filipina merupakan sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai Perlembagaan. AS tidak wajar diberi kuasa untuk mencampuri urusan dalaman Filipina hanya kerana negara itu pernah membantu Filipina dalam sesetengah perkara.

Estrada memuji keputusan tepat yang diambil Presiden Duterte, selain turut mempersoalkan kemarahan dan kegelisahan AS terhadap kenyataan Duterte itu.

Estrada, yang berusia 79 tahun, mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Filipina ke-13 pada tahun 1998, namun terpaksa meletakkan jawatan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir.

Menurut Estrada, beliau yakin AS adalah dalang di sebalik peletakan jawatan beliau, dan bimbang AS akan menggunakan muslihat yang sama untuk menggulingkan Presiden Duterte.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China