Cari:
Perkukuh Kerjasama Perhubungan Pengangkutan BIMP-EAGA
2016-10-26 16:25:28 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkutan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Fili­pina (BIMP-EAGA) ke-11 hari ini membuahkan perbincangan dan pertukaran idea konstruktif yang memperkukuh lagi kerjasama perhubungan pengangkutan dalam negara terlibat.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerjasama subwilayah BIMP-EAGA adalah penting dalam memajukan perhubungan pengangkutan wilayah dan integrasi ekonomi.

Negara-negara terbabit mengulangi komitmen untuk memperkukuh kerjasama bagi meningkatkan infrastruktur, memperkasakan keselamatan dan perhubungan pengangkutan multimod dalam BIMP-EAGA.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersama selepas mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkutan BIMP-EAGA ke-11 di Kuching hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi Brunei, Dato Seri Setia Awang Mustappa Sirat; Setiausaha Agung Kementerian Pengangkutan Indonesia, Sugihardjo dan Setiausaha Rendah Jabatan Pengangkutan Filipina, Felipe A. Judan.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China