Cari:
Mesyuarat Mekong di Vietnam
2016-10-26 14:23:30 CRI Cetak

Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai Kawasan Mekong yang pertama telah diadakan di Hanoi, ibu negara Vietnam semalam.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak.

Mesyuarat yang bertemakan "Dorong Pembangunan Subkawasan Sungai Mekong: Tingkatkan Pelaburan dalam Infrastruktur, Modal Insan dan Kesalinghubungan" itu memfokuskan pembangunan negara-negara di subkawasan Sungai Mekong dan proses integrasi serantau.

Nguyen Xuan Phuc dalam ucapannya menegaskan, kawasan tersebut berpotensi besar untuk berkembang maju.

Usaha untuk membangunkan subkawasan Sungai Mekong yang aman, stabil, bersepadu dan harmoni merupakan matlamat bersama pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China