Cari:
Kenyataan Duterte Selaras dengan Konsensus China-Filipina
2016-10-28 11:07:38 CRI Cetak
Kenyataan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengenai isu Laut China Selatan baru-baru ini selaras dengan konsensus yang telah dicapai antara China dengan Filipina.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar semalam.

Lu berkata, dalam tempoh lawatan Presiden Duterte ke China, kedua-dua pihak telah mencapai pelbagai konsensus yang memfokuskan kerjasama, mengetepikan pertikaian dan bersama-sama mendorong isu Laut China Selatan kembali ke landasan yang betul, iaitu rundingan dua hala.

Lu juga menyatakan bahawa kata sepakat yang dicapai itu bukan sahaja selaras dengan kepentingan dan aspirasi rakyat kedua-dua negara, malah merupakan perkhabaran gembira kepada pembangunan, keamanan dan kestabilan serantau.

Tambah beliau, berkat kesungguhan semua pihak yang terbabit termasuk China dan Filipina, situasi Laut China Selatan sedang berkembang ke arah yang positif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China