Cari:
China, ASEAN Bakal Bina Mekanisme Bersama Hadapi Wabak Penyakit
2016-10-28 14:41:15 CRI Cetak

Forum Kerjasama Pencegahan dan Kawalan Penyakit China-ASEAN pertama diadakan di Nanning, wilayah Guangxi semalam.

Negara-negara yang terlibat telah mencapai kata sepakat dalam kerjasama serantau, perkongsian maklumat serta pencegahan dan kawalan bersama, di samping bersama-sama mencadangkan mekanisme bersama untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit serantau.

Dalam forum tersebut, wakil China mengemukakan cadangan bahawa perlu wujud mekanisme latihan kecemasan bersama penyakit berjangkit, meningkatkan keupayaan anggota profesional dalam menangani penularan penyakit, mengintensifkan kerjasama pengawasan penyakit berjangkit serantau, meningkatkan perkongsian maklumat situasi wabak penyakit, dan sebagainya.

Wakil dari Kemboja pula berharap agar kerjasama dengan China dapat ditingkatkan dalam menghadapi isu penularan, serta pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.

Forum tersebut akan diadakan dua tahun sekali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China