Cari:
China, Malaysia Sahabat dan Rakan Sejati
2016-10-28 17:05:55 CRI Cetak

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang telah menulis satu artikel yang bertajuk "Lembaran Baharu Laluan Sutera Maritim, Menjelang Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke China" dalam akhbar Sin Chew Daily hari ini.

Beliau menyifatkan China dan Malaysia sebagai sahabat dan rakan yang boleh dipercayai.

Atas undangan Perdana Menteri China, Li Keqiang, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 31 Oktober hingga 6 November ini.

Huang Huikang berpendapat, dalam proses pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa, Malaysia telah mengambil bahagian dengan aktif dan menyuntik kedinamikan baharu dalam kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua pihak.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, pelaburan China ke Malaysia meningkat dengan pesat sehingga banyak projek pelaburan mega telah dilaksanakan secara berturut-turut di Malaysia.

Selain itu, semakin banyak juga korporat China menubuhkan pejabat di Malaysia.

Pada waktu yang sama, tokoh-tokoh perniagaan dari Malaysia yang melabur dan menjalankan perniagaan di China juga semakin bertambah.

Huang yakin bahawa lawatan Najib ke China kali ini pasti akan mendorong perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia melonjak ke tahap baharu, sekali gus mencipta masa depan yang lebih cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China