Cari:
Gempa Bumi Gegar Sulawesi Utara
2016-10-28 16:06:19 CRI Cetak

Satu gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan perairan Sulawesi Utara, tengah Indonesia semalam.

Tiada kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini. Agensi yang berkaitan juga tidak mengeluarkan amaran tsunami.

Menurut maklumat Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 4.17 petang waktu tempatan.

Gegaran yang berpusat kira-kira 75 kilometer di tenggara bandar Bitung itu berada pada kedalaman 10 kilometer.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China