Cari:
Najib : NSOF Bukti Kerajaan Ambil Serius Tangani Ancaman Keganasan
2016-10-28 17:36:31 CRI Cetak

Pasukan Operasi Khas Nasional (NSOF) yang dilancarkan semalam sebagai pasukan pertama yang akan bertindak sekiranya berhadapan dengan ancaman keganasan, membuktikan kerajaan tidak alpa dan memandang serius ancaman itu, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata pasukan itu yang kini dianggotai 17 pegawai dan 170 anggota yang dipinjamkan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu akan ditempatkan di Kem Sungai Besi untuk latihan bersama dan mencari keserasian.

Perdana menteri berkata pasukan itu mula berlatih bersama sejak enam bulan lepas tetapi masih belum terlibat dengan operasi.

Terdahulu, dalam ucapannya, Najib berkata kerajaan memandang serius insiden keganasan global, terutama yang melibatkan militan Daesh seperti di Syria, Iraq dan Afghanistan.

Najib berkata perkembangan media sosial banyak mempengaruhi masyarakat mengenai ideologi militan Daesh, sehingga ada yang terpengaruh, contohnya kes serangan kelab malam Movida di Puchong, Jun lalu.

(Sumber dari Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China