Cari:
Suu Kyi Cadangkan Tiga Bentuk Dialog Politik
2016-10-29 14:57:22 CRI Cetak

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi mencadangkan tiga bentuk dialog politik nasional diadakan untuk mencari jalan bagi menamatkan konflik dan mewujudkan keamanan di negara itu.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Dialog Damai Kesatuan Myanmar (UPDJC) semalam, Suu Kyi berkata, dialog politik yang dimulakan paling awal pada bulan depan perlu diadakan berasaskan wilayah, suku kaum dan tradisi.

Tegas beliau, menghentikan konflik merupakan satu- satunya jalan untuk merealisasikan keamanan. Sehubungan dengan itu, beliau menggesa agar pihak-pihak berkenaan menyedari perkara ini dan menyegerakan usaha tersebut.

Dalam mesyuarat UPDJC selama lima hari ini, Wakil daripada pihak kerajaan, kumpulan bersenjata etnik minoriti dan pelbagai parti politik akan membincangkan bentuk, tempoh masa dan agenda dialog politik berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China