Cari:
Pelan Strategik Perangi Dadah Dikuat Kuasa Bulan Depan
2016-10-30 16:27:21 CRI Cetak

Ancaman dadah yang kini berada di tahap serius sehingga mencetuskan ke­bimbangan semua pihak termasuk kerajaan diyakini dapat diperangi secara berkesan melalui pendekatan luar kotak, dengan keutamaan diberikan kepada soal kualiti, merangkumi semua aspek, khususnya pencegahan, pemulihan dan rawatan.

Pendekatan tersebut yang merupakan salah satu teras utama di dalam Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan yang bakal dikuatkuasakan mulai bulan depan, menyaksikan kaedah konvensional tidak lagi diguna pakai kerana dilihat kurang berkesan untuk berdepan dengan ancaman musuh nombor satu negara itu.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi pendekatan baharu itu, kerajaan menitikberatkan hasil ke atas kumpulan sasaran, terutamanya golongan muda yang menjadi kelompok terbesar penagih dadah di negara ini dan bukan lagi bersifat hanya cantik di atas kertas.

"Kita mahu kepada kesan gandaan (menerusi pendekatan luar kotak), kita mahu lihat keberkesanan operasi dengan tumpuan khusus kepada aspek kualitatif, bukannya kuantitatif kerana perlu nilai keberkesanan tindakan kita," katanya kepada Mingguan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas baru-baru ini.

Beliau juga memaklumkan, Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan yang dirangka khusus untuk membebaskan Malaysia daripada najis berkenaan akan dikuatkuasakan bulan depan, iaitu enam bulan selepas akhbar ini membuat pendedahan bersiri mengenai ancaman dadah khususnya di Pantai Timur dan utara tanah air.

(Sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China