Cari:
Najib: China Rakan Strategik Malaysia
2016-10-31 15:48:42 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke China atas undangan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Menurut Najib, China merupakan sahabat sejati dan rakan strategik Malaysia. Ikatan persahabatan dua hala yang berasaskan rasa saling mempercayai, hormati-menghormati dan penuh kejujuran itu bukan sahaja bermanfaat kepada rakyat kedua-dua pihak, malah mendorong keamanan dan kestabilan serantau.

Najib berharap agar lawatan kali ini dapat mengeratkan persahabatan kedua-dua negara, di samping memperkukuh kestabilan serantau dan dunia, sekali gus meningkatkan perdagangan dua hala dan menggalakkan kerjasama dalam pembinaan infrastruktur.

Tambah beliau lagi, kerjasama ketenteraan dua hala telah mencapai tahap tertinggi dalam sejarah. Pasukan Pembebasan Rakyat China (PLA) telah menjalankan latihan ketenteraan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) buat pertama kali pada bulan September tahun lalu.

Ketika menyentuh inisatif "Jalur dan Laluan" (B&R), Najib berkata, Malaysia berkeyakinan penuh mengenai inisatif tersebut dan berharap agar pembinaan B&R bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malah menggalakkan perkembangan positif negara-negara terbabit pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China