Cari:
Pegawai Antidadah Filipina Lulus Latihan di Yunnan
2016-11-01 13:29:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kumpulan pertama Pegawai Penguatkuasaan Undang-Undang Antidadah Filipina dilaporkan telah lulus dalam latihan yang diadakan di Akademik Pegawai Polis Yunnan China pada 29 Oktober lalu. Majlis penyampaian sijil turut dihadiri 50 pegawai polis dari Filipina yang mengikuti latihan kali ini.

Dalam tempoh latihan selama 15 hari, para pegawai bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai pengetahuan mengenai kempen antidadah di China, undang-undang antidadah China, kerjasama penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah dadah serta cara menganalisis makluamt risikan antidadah, malah mereka juga dapat mendalami peraturan, pengalaman dan langkah-langkah yang diambil oleh China dalam usaha memerangi pengedaran dadah.

Selain itu, para pegawai polis Filipina juga mengunjungi Pusat Pendidikan Antidadah Yunnan untuk memahami situasi negara dan menimba pengalaman dalam tadbir urus polis China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China