Cari:
China, Malaysia Rancang Intensifkan Kerjasama Penguatkuasaan Undang-Undang
2016-11-02 14:20:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China yang berlangsung pada 31 Oktober hingga 6 November ini boleh dikatakan telah mendatangkan hasil yang melimpah-ruah berikutan pemeteraian 14 dokumen kerjasama bilateral antara China dengan Malaysia.

Kedua-dua negara merancang untuk mengintensifkan kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan pertahanan.

Demikian dimaklumkan oleh Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dalam sesi taklimat untuk media China dan negara asing selepas pertemuan antara Najib dan Li Keqiang di Beijing pada 1 November lalu.

Liu berkata, pemimpin China dan Malaysia telah mencapai beberapa konsensus untuk mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif dua hala dalam tempoh lawatan Najib ke Beijing kali ini. Hal ini pasti akan mendorong hubungan kedua-dua negara melonjak ke tahap baharu.

Serentak dengan itu, China dan Malaysia juga akan terus mengekalkan pertukaran peringkat tinggi yang lebih akrab.

Sebanyak 14 dokumen kerjasama bilateral telah ditandatangani antara China dengan Malaysia yang merangkumi sembilan perjanjian antara kerajaan, manakala lima perjanjian lagi melibatkan kerjasama perdagangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China