Cari:
Jepun, Myanmar Ikrar Intensifkan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan
2016-11-03 11:28:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi selama lima hari ke Jepun, sebulat suara bersetuju untuk mengintensifkan kerjasama bilateral antara Jepun dengan Myanmar dalam sektor ekonomi dan perdagangan ketika mengadakan pertemuan dua hala di Tokyo pada 2 November lalu.  

Dalam pertemuan itu, Abe menyatakan bahawa selaku rakan Myanmar, Jepun akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada kerajaan baharu Myanmar dalam sektor awam dan swasta. Beliau berharap lawatan Suu Kyi ke Jepun dapat melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Aung San Suu Kyi berkata, Myanmar memerlukan pelaburan asing yang berskala besar dan bantuan ahli ekonomi dari negara maju berikutan pertumbuhan ekonomi negara itu yang masih perlahan pada masa ini. Tambah beliau lagi, Jepun masih dianggap sebagai rakan yang boleh dipercayai oleh Myanmar pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China