Cari:
Perkembangan Hubungan China-Filipina Masuki Fasa Baharu
2016-11-03 11:30:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke Beijing telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Hal ini membuktikan bahawa perkembangan hubungan China dan Filipina telah memasuki fasa baharu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunyin berkata demikian dalam sidang media di Beijing pada 2 November lalu.

Menurut Hua, China sangat menghargai peranan positif yang dimainkan oleh mantan Presiden Filipina, Fidel Valdez Ramos dalam usaha menjernihkan semula hubungan China dan Filipina. Usaha-usaha memulihkan dan mengembangkan hubungan China dan Filipina sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada sumbangan membina yang dilakukan oleh tokoh-tokoh politik kedua-dua negara. Masa depan hubungan China dan Filipina diyakini akan lebih cerah berikutan usaha bersama kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China