Cari:
Syarikat China Dapat Projek Pembinaan Kereta Api MG Selatan Malaysia
2016-11-03 14:00:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China Railway Group Limited (CREC), China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) dan China Communications Construction Company Limited (CCCC) berjaya memenangi bidaan tender projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik jenis Meter Gauge (MG) Gemas-Johor Bahru yang sepanjang 191.14 kilometer di bahagian selatan Malaysia.

Demikian diumumkan oleh CREC pada 2 November lalu.

Kereta api MG itu direka bentuk dengan kelajuan maksimum 160 kilometer per jam (km/jam), manakala kos keseluruhan projek tersebut bernilai RMB14.469 bilion.

Projek tersebut merupakan projek pembinaan landasan kereta api pertama syarikat China di Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China