Cari:
Guo Sheng Kun Ditemui Min Aung Hlaing
2016-11-03 14:02:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam (MPS) China, Guo Shengkun bertemu dengan Ketua Komander Perkhidmatan Pertahanan Myanmar, Min Aung Hlaing di Beijing semalam.

Guo Sheng Kun berharap agar kedua-dua pihak dapat melaksanakan rancangan strategik Presiden China Xi Jingping dan pemimpin Myanmar, meneruskan persahabatan tradisional, memperkasakan kerjasama dalam kempen antidadah dan memerangi keganasan, berusaha untuk memastikan kestabilan dan keselamatan kawasan pengaliran Sungai Mekong, meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat kedua-dua negara serta mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif China-Myanmar.

Menurut Min Aung Hlaing, pihak Myanmar bersedia untuk meningkatkan komunikasi dengan China, di samping memperkasakan kerjasama bagi menggalakkan hubungan dua hala terus melangkah ke hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China