Cari:
China, ASEAN Perkasakan Kerjasama Antirasuah
2016-11-03 14:10:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Seminar Antirasuah China-ASEAN, yang merupakan program kerjasama antirasuah China dan ASEAN yang pertama, telah dirasmikan di provinsi Yunnan China pada 2 November lalu.

Wakil-wakil dari agensi antirasuah China dan negara anggota ASEAN serta pakar-pakar dari pertubuhan antarabangsa bersama-sama mengadakan perbincangan mengenai topik "antirasuah dan pembangunan mampan" dalam seminar kali ini.

Wakil pihak China mencadangkan, saluran kerjasama untuk membanteras jenayah rasuah serantau harus diperluas, di samping menggalakkan agenda antirasuah antarabangsa memenuhi keperluan negara-negara membangun.

Wakil dari negara anggota ASEAN berpendapat, seminar yang berlangsung atas inisiatif China kali ini menyediakan platform utama kepada pelbagai negara untuk meningkatkan keupayaan membanteras rasuah dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. ASEAN berharap agar kerjasama dengan China dapat terus diintensifkan dalam usaha memerangi jenayah rasuah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China