Cari:
Kursus Perlindungan Konsulat diadakan di Malaysia
2016-11-03 14:47:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kursus yang bertemakan "Perlindungan Konsulat China dan Contoh Kes" yang ditaja oleh Kedutaan Besar China di Malaysia telah diadakan di Kampus Xiamen University Malaysia (XMUMC) semalam.

Wu Sheng Hao, Naib Pengarah Bahagian Konsulat Kedutaan Besar China di Malaysia berkata, dengan pembukaan XMUMC, sudah pasti banyak mahasiswa China datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Oleh itu, tidak mustahil mereka akan berdepan dengan beberapa masalah yang tidak pernah dijumpai di China. Wu berkata, dari segi perlindungan konsulat, langkah-langkah perlindungan yang dilaksanakan di kampus akan memberikan kesan pengganda.

Menurut maklumat, kursus berkenaan bukan sahaja akan berkongsi contoh-contoh kes, malah turut mengundang peguam terkenal dan wakil mahasiswa China di Malaysia untuk menjelaskan undang-undang, dasar dan adat istiadat tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China