Cari:
China Tawarkan Pinjaman RM55 bilion bagi Pembinaan ECLR Malaysia
2016-11-04 12:11:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kontrak projek pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECLR) Malaysia yang bernilai RMB74.5 bilion (kira-kira RM44.9 bilion) telah dimeterai oleh China Communications Construction Company Limited (CCCC) dengan Syarikat Kereta Api Malaysia di Beijing pada 1 November lalu.

Majlis pemeteraian itu disaksikan Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Projek tersebut merupakan projek paling utama dalam rangka lawatan Najib ke Beijing kali ini.

Menurut perjanjian bilateral, Bank Eksport-Import China (EXIM Bank) akan menawarkan pinjaman faedah rendah yang berjumlah RM55 bilion bagi pembinaan projek ECLR yang dijadualkan bakal bermula pada awal 2017.

ECLR Malaysia yang sepanjang 600 kilometer itu akan menyambungkan lapan bandar utama dari Port Klang(Selangor) ke Tumpat (Kelantan), dan pembinaan tersebut dijangka akan selesai dalam tempoh lima hingga enam tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China