Cari:
Pengecualian Visa Pelancong China Dilanjutkan Hingga 2017
2016-11-04 14:55:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Malaysia bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa kepada pelancong China sehingga 31 Disember 2017. Demikian dinyatakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru-baru ini.

Ketika menjawab soalan ahli parlimen di Dewan Rakyat, Nazri berkata, sejak pengecualian visa itu diperkenalkan, jumlah peningkatan pelancong China ke Malaysia terus melonjak. Berdasarkan faktor positif itu, maka kerajaan Malaysia bersetuju untuk mengambil keputusan tersebut.

Nazri menambah, untuk menarik lebih banyak pelancong China, Kementerian Pengangkutan dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan telah menjalinkan kerjasama yang erat, di samping usaha gigih Syarikat AirAsia untuk meneroka laluan penerbangan baharu ke China. Kerajaan Malaysia menyasarkan kemasukan sebanyak 4 juta pelancong China menjelang tahun 2020.

Nazri menjelaskan, pelancong dari negara China merupakan sumber ketibaan pelancong asing yang ketiga terbesar kepada Malaysia. Pada Januari sehingga Ogos tahun ini, Malaysia menerima seramai 1.4 juta pelancong China, meningkat sebanyak 26.3 peratus berbanding dengan 1.1 juta pelancong bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China