Cari:
Penduduk Malaysia Dijangka Cecah 41.5 Juta pada 2040
2016-11-07 14:26:42 CRI Cetak

Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada 41.5 juta orang pada 2040, berbanding 28.6 juta pada 2010.

Demikian menurut Jabatan Perangkaan dalam laporan Unjuran Penduduk Malaysia (semakan semula) 2010-2040.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu, peningkatan penduduk adalah perlahan dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun daripada 1.8 peratus pada 2010 kepada 0.8 peratus pada 2040.

Jabatan Perangkaan menyatakan, Bumiputera menunjukkan peningkatan peratusan tertinggi sebanyak 4.8 peratus iaitu daripada 67.3 peratus pada 2010 kepada 72.1 peratus pada 2040.

Sementara itu, nisbah jantina bagi 2010 adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan, meningkat kepada 108 pada 2020 dan tidak berubah sehingga 2040.

Jabatan Perangkaan menyatakan bahawa struktur umur penduduk pula boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu kumpulan umur muda (0-14 tahun), kumpulan umur bekerja (15-64 tahun) dan umur tua (65 tahun dan lebih). Umur penengah pada 2010 adalah 26.3 tahun meningkat kepada 38.3 tahun (2040) iaitu peningkatan sebanyak 12 tahun bagi tempoh 30 tahun.

Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada 2020 iaitu apabila peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai 7.2 peratus, tambah Jabatan Perangkaan.

(sumber MediaCorp Singapura)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China