Cari:
Ulang Tahun Pusat Kebudayaan China Disambut di Singapura
2016-11-07 14:46:24 CRI Cetak

Pada 7 November 2015, Pusat Kebudayaan China di Singapura telah dirasmikan oleh Presiden China, Xi Jinping bersama-sama dengan Menteri Kanan Singapura, Goh Chok Tong.

Setelah setahun berlalu, pusat itu kini seumpama jendela kepada penduduk Singapura untuk mengetahui kebudayaan China.

Pelbagai aktiviti bagi meraikan penubuhan pusat itu telah diadakan di Singapura semalam.

Duta Besar China ke Singapura, Chen Xiaodong mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai atas bantuan dan sokongan mereka terhadap pusat itu.

Beliau berharap agar pusat itu akan meneruskan inovasi dan penerokaan baharu dalam usaha untuk meningkatkan pertukaran sosiobudaya, di samping memperkaya konotasi hubungan perkongsian komprehensif kedua-dua negara.

Ketua Pengarah Pusat Kebudayaan China Singapura, Ma Hongying berkata, pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pusat itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Singapura.

Pihaknya akan berusaha mengharumkan nama diri sendiri dan yakin pengaruhnya akan meningkat pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China