Cari:
Misi Pencarian MH370 Selesai Januari Depan
2016-11-08 15:44:17 CRI Cetak

Dua bulan akan datang merupakan tempoh yang amat penting bagi misi pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam di Kuala Lumpur menyatakan bahawa pasukan pencari pesawat itu yang membabitkan Malaysia, China dan Australia akan meneruskan misi pencarian selepas ditangguhkan ekoran cuaca buruk.

Liow berkata, sekiranya cuaca mengizinkan, pasukan itu berharap agar pencarian dapat dilengkapkan menjelang Januari depan.

Jadi, dua bulan yang akan datang adalah tempoh yang penting bagi pasukan berkenaan untuk meneruskan pencarian.

Tambah beliau lagi, daripada 22 serpihan yang ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, tiga serpihan telahpun disahkan dari pesawat tersebut, dan analisis serpihan akan diteruskan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China