Cari:
Duterte Batalkan Urusan Jual Beli Senjata dari AS
2016-11-08 15:46:35 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan pembatalan urusan pembelian senjata api dari Amerika Syarikat (AS), semalam.

Perintah itu dikeluarkan Duterte ketika beliau menandatangani dokumen rasmi berkaitan dengan perluasan kuasa autonomi di selatan Filipina, di Pejabat Presiden, semalam.

Oleh sebab tersinggung dengan tindakan AS yang menghentikan penjualan 26 ribu pucuk senapang kepada Filipina, yang dijadualkan selesai pada Julai lalu, maka Duterte akhirnya memutuskan untuk membatalkan perjanjian jual beli senjata antara kedua-dua negara.

Beliau memaklumkan, Filipina akan mencari pembekal lain yang jauh lebih murah dan bermutu, sama seperti yang dibeli dari AS dulu.

Hubungan antara Filipina dengan AS, yang sebenarnya merupakan sekutu lama, pada saat ini menjadi semakin tegang kerana Duterte sentiasa melontarkan kata-kata yang tajam untuk mengkritik AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China