Cari:
Sarawak Tidak akan Keluar Malaysia
2016-11-08 15:49:48 CRI Cetak

Ketua Menteri Negeri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menafikan pernah mengeluarkan kenyataan kononnya menyalahkan pihak berkuasa Persekutuan dan UMNO sebagai punca timbulnya banyak masalah yang memberi kesan kepada negara seperti yang disensasikan di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataannya memberitahu, Ade­nan turut menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa beliau mengugut untuk membawa Sarawak keluar dari Malaysia sekiranya semua masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan Persekutuan itu tidak diselesaikan.

Jelas kenyataan itu, status yang kini tersebar luas, pada asalnya dimuat naik menerusi Facebook Sarawak Keluar Malaysia 2021.

Pejabat Ketua Menteri dengan tegas menafikan Ketua Menteri pernah membuat kenyataan umum seperti itu dan menyifatkan status tersebut amat tidak benar serta satu perbuatan yang secara terang-terangan mahu memburukkan Ketua Menteri di mata kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri te­lah berkali-kali memberitahu bahawa Sarawak tidak akan menarik diri dari Malaysia, namun itu tidak bermakna negeri ini tidak boleh berjuang untuk memperoleh hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, Cadangan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China