Cari:
Etika Perniagaan, Asas Kerjasama HSR
2016-11-08 15:51:02 CRI Cetak

Beijing sentiasa mengalu-alukan kerjasama saling menguntungkan antara syarikat korporat China dengan Malaysia berdasarkan etika perniagaan.

Pendirian itu ditekankan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam, berikutan terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang melibatkan sebahagian laluan di Malaysia akan diuruskan syarikat kejuruteraan China.

Spekulasi itu tercetus selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi gambar-gambar beliau semasa berada dalam gerabak HSR dari Tianjin ke Beijing menerusi akaun Facebook sempena lawatan rasminya ke China minggu lepas.

Lu Kang berkata, semua usaha sama yang melibatkan projek prasarana termasuk HSR akan dijalankan secara komersial.

Konsensus yang telahpun dicapai pemimpin kedua-dua negara ini turut memperlihatkan hasrat China-Malaysia untuk mengadakan kerjasama berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China