Cari:
Usaha China, ASEAN Harus Diambil Kira
2016-11-08 15:52:37 CRI Cetak

China menggesa pihak-pihak yang tidak berkepentingan dalam isu Laut China Selatan (LCS) supaya menghormati usaha China dan negara-negara ASEAN untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di wilayah maritim berkenaan.

Pendirian itu diulangi jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing, semalam, apabila diminta mengulas tentang kenyataan bersama China-Malaysia yang menekankan peri pentingnya pertikaian berkenaan diselesaikan oleh negara berdaulat yang berkaitan secara langsung melalui rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa, dan menganggap campur tangan dari pihak ketiga tidak bermanfaat bagi penyelesaian pertikaian, sempena lawatan rasmi kali ketiga Perdana Menteri negara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China minggu lalu.

Lu Kang berkata, situasi di LCS semakin reda berkat usaha sama China dan negara-negara terbabit untuk membawa pertikaian berkenaan kembali ke landasan yang betul.

Hal ini selaras dengan kepentingan dan aspirasi semua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China