Cari:
Marcos Layak Dikebumikan Penuh Penghormatan
2016-11-09 15:14:06 CRI Cetak

Mahkamah Agung Filipina semalam meluluskan keputusan Presi­den Rodrigo Duterte untuk membenarkan bekas presiden negara itu, Ferdinand Marcos dikebumikan di Makam Pahlawan di Manila, dengan 9 undi bersetuju dan 5 undi menentang.

Keputusan itu turut disambut baik oleh anak lelaki Marcos, Ferdinand "Bongbong" Romualdez Marcos Jr., yang dipilih sebagai senator setelah hampir memenangi kerusi Naib Presiden Filipina dalam pilihan raya awal tahun ini.

Walau bagaimanapun, keputusan penuh kontroversi itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengkritik yang menyifatkannya sebagai "mencuci jenayah bekas diktator" dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Walaupun pemerintahan Marcos dicemari rasuah dan pencabulan hak asasi manusia secara berleluasa, Duterte tetap menganggap, Marcos berhak dikebumikan di Makam Pahlawan berdasarkan statusnya sebagai bekas Presiden Filipina dan penglibatannya menentang Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China