Cari:
Najib Ucap Tahniah kepada Trump
2016-11-10 13:55:05 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dipilih, Donald Trump sambil meluahkan harapan agar kerjasama dengan negara itu dapat diteruskan di bawah pimpinan Presiden Trump.

Najib dalam satu kenyataan semalam berkata, hubungan kedua-dua negara sudah dinaik taraf kepada perkongsian komprehensif semenjak 2014. Kuala Lumpur dan Washington saling bekerjasama rapat dalam usaha memerangi keganasan dan ekstremisme di seluruh dunia.

Najib berharap agar ikatan kerjasama seumpama itu dapat diperkukuh lagi semasa pemerintahan Trump, selain menyifatkan kejayaan Parti Republikan adalah disebabkan pendekatan mendengar rayuan rakyat yang mahu melihat kerajaan AS lebih menumpukan pada kepentingan dan kebajikan mereka serta kurang mencampuri hal ehwal luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China