Cari:
Duterte Melawat Malaysia
2016-11-10 15:37:09 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memulakan lawatan sulung selama dua hari ke Malaysia, semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Duterte dijadualkan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan kerjasama dua hala yang terjalin antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kebimbangan bersama.

Kementerian Luar menyatakan lawatan itu akan menyediakan peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk mencari jalan bagi memperkukuh lagi kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara.

Malaysia dan Filipina mempunyai hubungan mesra serta bekerjasama rapat dalam pelbagai isu kepentingan bersama di peringkat antarabangsa.

Jumlah dagangan antara Malaysia dengan Filipina pada lapan bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 5.4 peratus kepada RM13.15 bilion daripada RM12.48 bilion.

Tahun lepas, Filipina adalah rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN dan ke-10 terbesar di peringkat global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China