Cari:
Chong Wei Sah Tarik Diri daripada Terbuka China
2016-11-10 17:05:25 CRI Cetak

Bintang badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, disahkan menarik diri daripada Kejohanan Terbuka China yang akan membuka tirai pada 15 November ini bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan.

Walaupun sudah pulih daripada kecederaan hamstring ketika bersaing di Terbuka Perancis, Oktober lalu, Chong Wei enggan mengambil risiko.

Baginya, tiada apa yang mahu dikejarkan lagi pada baki saingan tahun ini kerana matlamat utamanya adalah Kejohanan Dunia di Glasgow tahun hadapan.

Penarikan diri daripada Terbuka China dilihat satu keputusan yang tepat kerana dia tidak mahu terburu-buru sehingga kecederaannya mungkin berulang.

(sumber Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China