Cari:
BOC dan Indosat Lancar Kad Co-Branded
2016-11-11 12:38:14 CRI Cetak

Bank of China (BOC) cawangan Jakarta dan Indosat Ooredoo, iaitu syarikat telekomunikasi kedua terbesar di Indonesia semalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkenalkan kad debit co-branded.

Kerjasama itu dianggap sebagai komitmen Indosat untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada pelanggan serta mendorong pertambahan pelanggan "Dompetku".

Dikatakan, "Dompetku" menjadi e-tunai pertama di Indonesia yang menyediakan layanan kad debit co-branded dengan BOC, dan memberikan kemudahan kepada pelanggan "Dompetku" untuk melakukan transaksi tunai.

Pelanggan yang memiliki kad tersebut akan mendapat keistimewaan dari "Dompetku" dan cawangan BOC di Jakarta, yang tidak akan diberikan kepada pelanggan lain, selain dapat menikmati perkhidmatan kiriman wang dengan lebih efisien melalui sistem yang dikongsikan antara BOC dengan "Dompetku".

Mulai awal tahun 2017, pelanggan yang ingin memohon kad co-branded, boleh mengunjungi mana-mana cawangan BOC di seluruh Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China