Cari:
Ringgit Tidak akan Ditambat
2016-11-11 16:55:05 CRI Cetak

Ringgit tidak akan ditambat walaupun turun naik sejak kebelakangan ini disebabkan persekitaran luar, kata Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim, hari ini.

Ringgit akan terus menghadapi turun naik, sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaktentuan dalam persekitaran luar.

"Nilai ringgit tidak patut ditentukan oleh kedudukan spekulasi," katanya pada sidang media selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.3 peratus bagi suku ketiga tahun ini.

Ringgit susut berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau pada suku ketiga," katanya.

Beliau berkata ini mencerminkan perubahan dalam sentimen pelabur dan aktiviti pengimbangan semula pelabur portfolio di sepanjang suku, didorong terutama oleh peristiwa luaran.

"Walaupun semua mata wang serantau terjejas oleh ketidaktentuan berterusan ketika tempoh kadar faedah US kembali ke paras normal, ringgit dan mata wang negara pengeksport komoditi lain berhadapan pelarasan tambahan disebabkan oleh harga minyak mentah global yang tidak menentu pada suku itu," katanya.

Secara keseluruhan, ringgit menyusut nilai sebanyak tiga peratus berbanding dolar US pada suku kedua.

(sumber Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China